Friday, June 4, 2010

Top 250


Erm.. Ketika aku open FB smlm aku agak terkejut dan agak tidak percaya gak photo yg aku submit 1Malaysia Photography Competition tersenarai antara top 250. Wlpn brada pada senarai 224, .. not bad la, atleast tersenarai gak. Ngehehehe....
Tambahan aku gak tidak mengharapkan apa-apa ketika menyertai pertandingan ini. Hanya sekadar ingin berkongsi shj. Pada fikiran aku, kepuasan lebih daripada memenangi sesuatu pertandingan. Minat aku dalam bidang photography masih baru lagi dan banyak lagi yang perlu aku pelajari.

Berbalik pada 1Malaysia Photography Competition, sebenarnya aku menghantar 2 photo. Pertama adlh photo di bawah yg bertajuk Mr Old Man dan satu lagi bertajuk Friend. Kedua-dua gambar tersebut aku shot ketika menyertai phototrip ke Annah Rais, Pedawan di Sarawak. Cuma photo Mr. Old Man berjaya tersenarai dalam top 250. Terima kasih aku ucapkan kepada mereka yang telah mengundi dan menyukai photo ini. Terima kasih... ;]


Mr. Old Man

Thursday, May 6, 2010

Elements of Photography



Texture

Aperture : f/5.6
Speed : 10/5000

Lens : 55mm



Simmetry

Aperture : f 3.4
Speed : 10/250

Lens : 18mm



Pattern


Aperture : f 5.6
Speed : 10/250

Lens : 18mm



Depth of Field


Aperture : f 5.2
Speed : 10/5000

Lens : 46mm




Line

Aperture : f 5.6

Speed : 2.0

Lens : 55mm

Tuesday, April 20, 2010

ZoOOm VS VroOOm



Pada 11 April yang lps aku dan Zehe diminta oleh seorg kenalan utk jd photographer dlm event diaorg iaitu Le Tour De Unimas. Event ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unimas, photo-photo spnjg aktiviti berlangsung sekiranya ada kesempatan nnti aku update kat sini. Pada kali ini hanya dua photo shj aku uploadkan dlu. Gmbr yg paling atas tu, merupakan juara keseluruhan acara tersebut. Dia gak merupakan athlet kelahiran Bumi Kenyalang yg kini melanjutkan pendidikan di unimas. Photo kedua pula ialah salah seorang marshal yg berkeja keras pada hari tersebut dalam memastikan perlumbaan berjalan dgn lancar. Pengalaman shot gmbr aktiviti seperti ni apatah lagi acara lumba basikal mmg mencabar kerana ia terlalu pantas. So kene selalu alert, kdg2 terlepas gak moment yang best. Tambah lagi cuaca yang agak panas pada pagi itu, membuatkan kami bermandi peluh. Namun kami cuba berikan yang terbaik utk mendapatkan photo-photo yang menarik untuk organiser. Nway, pada kesempatan ini aku nak berterima kasih pada Zehe kerana sudi assist aku sehingga pada malam selepas event tu dia dimasukan ke wad utk tmbah air kerana keletihan. Jasa baik ngko hanya Tuhan jer la boleh balas... t q bro. Di samping tu gak aku nak ucapkan terima kasih kat Eein dan gak pihak organiser, yang memberi kesempatan dan kepercayaan utk kitaorg shot time event tu ;].

Thursday, April 15, 2010

Annah Rais Outing Series pt 2












Ini adalah gambar-gambar yang aku ambik ketika outing kat Annah Rais ketika mengikuti trip untuk kelas fotografi yang lepas. Aku cuba untuk membuat beberapa eksperimental dan cuba untuk create style tersendiri. Bagi aku dalam bereksperimentasi tiada yang salah. Belasah jer...

pada penghujung eksperimentasi itu baru kita dapat hasilnya bagaimana... Masih banyak lagi yang aku kena belajar dan aku harap aku beroleh lapangan sendiri dalam membentuk personaliti dan style tersendiri dalam dunia fotografi.

FOOD & PRODUCT... ;D





Thursday, March 18, 2010

GLAMOUR PHOTOGRAPHY ;D

Pada 17 Mac, setelah mendapat persetujuan daripada model maka pada tarikh ini telah dijalankan sesi fotografi di studio grafik/animasi unimas. Kumpulan kami dianggotai oleh Azam dan Din dari program industry Design, manakala Azham, Haziq dan saya sendiri dari program animasi. Kumpulan kami berjaya mendapatkan khidmat dua orang model. Model Pertama ialah Ain, dari FSTS. Untuk sesi pertama ini, Ain masih lagi malu-malu (baru 1st time katanya). Inilah antara cabaran kepada kami bagaimana menghadapi perkara tersebut. Mujurlah Ain ini senang menerima tunjuk ajar. Dan ini memudahkan proses fotografi ini dijalankan.






Chaca, model kedua kami untuk sesi pada hari itu. Pose yang diperagakannya tidak mengecewakan sehingga kami pening untuk memilih gambarnya bagi dimuatturunkan di sini. Chaca pelajar FSKPM ini dahulunya pernah menuntut di FSGK, tetapi membuat keputusan untuk menukar kursus pengajian pada tahun kedua atas minatnya dalam bidang pengurusan sumber manusia.






Pada kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan kepada kedua-dua model ini kerana telah memberikan sepenuhnya kerjasama dan menjayakan sesi fotografi ini. Walau pun pada masa yang terhad, kumpulan kami telah berusaha seboleh yang mungkin untuk melakukan tugasan ini. Banyak pengalaman secara peribadinya saya peroleh dalam sesi fotografi tersebut. Memang letih, tetapi pada penghujung sesi kami berasa seronok dan puas kerana dapat menyiapkan dan melaksanakan tugasan ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada kalian kerana sudi berkunjung ke laman blog Photo Virus. :]





Di sebelah gambar kenangan selepas sesi fotografi. (interframe)