Thursday, March 18, 2010

GLAMOUR PHOTOGRAPHY ;D

Pada 17 Mac, setelah mendapat persetujuan daripada model maka pada tarikh ini telah dijalankan sesi fotografi di studio grafik/animasi unimas. Kumpulan kami dianggotai oleh Azam dan Din dari program industry Design, manakala Azham, Haziq dan saya sendiri dari program animasi. Kumpulan kami berjaya mendapatkan khidmat dua orang model. Model Pertama ialah Ain, dari FSTS. Untuk sesi pertama ini, Ain masih lagi malu-malu (baru 1st time katanya). Inilah antara cabaran kepada kami bagaimana menghadapi perkara tersebut. Mujurlah Ain ini senang menerima tunjuk ajar. Dan ini memudahkan proses fotografi ini dijalankan.






Chaca, model kedua kami untuk sesi pada hari itu. Pose yang diperagakannya tidak mengecewakan sehingga kami pening untuk memilih gambarnya bagi dimuatturunkan di sini. Chaca pelajar FSKPM ini dahulunya pernah menuntut di FSGK, tetapi membuat keputusan untuk menukar kursus pengajian pada tahun kedua atas minatnya dalam bidang pengurusan sumber manusia.






Pada kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan kepada kedua-dua model ini kerana telah memberikan sepenuhnya kerjasama dan menjayakan sesi fotografi ini. Walau pun pada masa yang terhad, kumpulan kami telah berusaha seboleh yang mungkin untuk melakukan tugasan ini. Banyak pengalaman secara peribadinya saya peroleh dalam sesi fotografi tersebut. Memang letih, tetapi pada penghujung sesi kami berasa seronok dan puas kerana dapat menyiapkan dan melaksanakan tugasan ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada kalian kerana sudi berkunjung ke laman blog Photo Virus. :]





Di sebelah gambar kenangan selepas sesi fotografi. (interframe)

No comments:

Post a Comment