Tuesday, September 8, 2009

090909...

Salam...
Hari ni tiada apa yang istimewa sangat. Bagi aku sama je seperti hari-hari lain. Cuma mungkin pagi ni kuliah aku digantikan dengan mid-term test pada jam 11- 2 p.m nanti. Selepas habis midterm, cadangnya nak balik Kuching. Berbuka ngan keluarga. Ermm.. bagi aku kadang-kadang photography mengajar kita untuk berfikir di samping merakamkan sesuatu kejadian atau sesuatu hal. Gambar boleh mencerita pelbagai cerita. Setiap individu mempunyai interprestasi sendiri tentang sesuatu yang dilihat oleh dirinya.


k













Thursday, September 3, 2009

selfPotrait...


HDR???

HDR?... Aiyoo, ntah la gambar kat bwh ni boleh dikategorikan HDR ke tak... aku try bereksperimentasi untuk buat image gambar kelihatan seperti HDR, tp ini la hasilnya. Aku sendiri tengok pn mcm tak berapa nak kena la... bagi sesapa yang tahu ttg HDR, tolong la beri tunjuk ajar kat aku....


K



Wednesday, September 2, 2009

Hari Ini...

Gambar Dewan Undangan Negeri Sarawak

Permandangan dari Tebingan Kuching

...Salam,
Cuaca hari ini di bandaraya Kuching agak mendung, tapi tak jugak menampakkan seperti hendak hujan. Begitu juga keadaannya di Kota Semarahan - kota pendidikan. Suasana di Unimas inipun agak lengang. Mungkin bulan puasa kot, maka masa-masa seperti ini student-sudent kat sini lebih memilih untuk beristirahat kat bilik masing terutama bagi mereka yang menunaikan ibadah puasa. Tapi Unimas tidak pernah suram dengan bunyi gelak ketawa penghuninya saban hari, membuatkan rindu aku kepada rumah terubat. Walhal kalau aku nak balik rumah je bila-bila masa boleh. Rumah kat Kuching je. Hehehehe... tetapi aku memilih untuk tinggal di kolej, belajar berdikari sikit.=)

well, gambar kat atas tu merupakan bangunan DUN baru negeri Sarawak, terletak di kawasan Petra Jaya. Tak jauh dari kediaman keluarga aku. Struktur senibina bangunan DUN ni begitu menarik.
Kalau korang berkunjung ke Kuching, DUN juga boleh kelihatan dari tebingan Kuching atau lebih dikenali dengan Kuching Waterfront.Di area Kuching Waterfront banyak kedai-kedai cenderamata terutama di main bazaar. Tempat ini memang menjadi tarikan pelancong yang datang ke sini. Mungkin anda juga boleh mencuba perkhidmatan perahu tambang yang begitu unik dan menikmati permandangan sekitar perairan sungai Sarawak. hehehe...

K

Tuesday, September 1, 2009

Klik Dari Lensa Karonizam Kasim


Salam ramadan dan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-52.

Ini merupakan koleksi gambar-gambar yang pernah aku ambik pada thn lepas dan awal tahun ni. Sebenarnya ada banyak lagi, tp yang ini je la yang aku dpt upload setakat ini. Yang lain pula akan menyusul. Sebenar aku jarang mempunyai kesempatan untuk menembak... tangkap gambar la tu... ngehehehe... Sebab aku punya komitmen lain yang perlu aku settlekan (ceh.. alasan!!! kuang... kuang.. kuanggg). Tp yang sebenarnya pada aku kalau menembak sorang-sorang tak feel sangat melainkan grouping. Grouping pn tak boleh terlampau ramai jugak - banyak songeh nanti.
InsyaAllah aku akan uploadkan lagi koleksi-koleksi gambar yang pernah aku ambik. Tapi takde la best sangat gambar-gambar yang aku ambik tu, cuma sekadar hobi tatkala lapang. hehehe

K



Bunga di laman rumah


Ini antara gambar-gambar awal yang aku petik ketika baru je beli kamera DSLR Nikon D60. Nampak sangat gaya amatur mengambil gambar. Walau bagaimanapun, pada saat tersebut minat aku terhadap photography juga mula berdetik.

Wajah kenakalan Ummy



Ni pulak aku try bereksperimentasi nk ambik gambar potrait. Model ni anak cousin aku -Ummy. Berusia 3 thn. Ummy mmg pantang melihat kamera, pasti ade-ade aje gelagatnya yang mencuit hati. Gambar ini aku ambik masa kitaorang pergi bersantai kat pantai Lundu 2 bulan lepas.

K