Wednesday, September 2, 2009

Hari Ini...

Gambar Dewan Undangan Negeri Sarawak

Permandangan dari Tebingan Kuching

...Salam,
Cuaca hari ini di bandaraya Kuching agak mendung, tapi tak jugak menampakkan seperti hendak hujan. Begitu juga keadaannya di Kota Semarahan - kota pendidikan. Suasana di Unimas inipun agak lengang. Mungkin bulan puasa kot, maka masa-masa seperti ini student-sudent kat sini lebih memilih untuk beristirahat kat bilik masing terutama bagi mereka yang menunaikan ibadah puasa. Tapi Unimas tidak pernah suram dengan bunyi gelak ketawa penghuninya saban hari, membuatkan rindu aku kepada rumah terubat. Walhal kalau aku nak balik rumah je bila-bila masa boleh. Rumah kat Kuching je. Hehehehe... tetapi aku memilih untuk tinggal di kolej, belajar berdikari sikit.=)

well, gambar kat atas tu merupakan bangunan DUN baru negeri Sarawak, terletak di kawasan Petra Jaya. Tak jauh dari kediaman keluarga aku. Struktur senibina bangunan DUN ni begitu menarik.
Kalau korang berkunjung ke Kuching, DUN juga boleh kelihatan dari tebingan Kuching atau lebih dikenali dengan Kuching Waterfront.Di area Kuching Waterfront banyak kedai-kedai cenderamata terutama di main bazaar. Tempat ini memang menjadi tarikan pelancong yang datang ke sini. Mungkin anda juga boleh mencuba perkhidmatan perahu tambang yang begitu unik dan menikmati permandangan sekitar perairan sungai Sarawak. hehehe...

K

No comments:

Post a Comment